Blog Saff-1.Com

Tuesday, September 21, 2010

tip motivasi

apabila dalam perasaan MARAH, jangan lakukan sebarang keputusan, atau memaksa sebarang keputusan dari orang yang sedang MARAH. ini kerana neocortex (bahagian otak yang berfikir) tidak berfungsi ketika hormon marah sedang membara

tip kewangan

 tip kewangan: sekiranya kita tak boleh simpan 10% daripada pendapatan bulanan kita, ertinya there is something definitely wrong dengan spending habit kita. Mungkin bayaran rumah, kereta yang terlalu tinggi, mungkin kita terlebih belanja, mungkin tanggungan kita tinggi... etc. Jujur pada diri sendiri dan ambil tanggungj awab untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan kita

tip motivasi

tip motivasi: sekiranya anda rasa kurang bermotivasi, rasa lemah badan, rasa cepat mengantuk, hilang semangat... kadang kalanya, ia bukan masalah kurang semangat motivasi diri. tetapi kita kurang bersenam! keep fit! badan yang segar dan sihat akan meningkatkan motivasi kita... so, rajin2 la pergi gym (atau bersenam & k eluarkan peluh dari rumah). Siapa kurang bersenam di sini

tip motivasi

tip motivasi: sekiranya bertemu masalah, tak kira besar macam mana pun masalah tersebut, fokuskan pada penyelesaian. dan bukan pada masalah tersebut. dengan fokus pada penyelesaian (atau solutions), kita fokuskan pada sesuatu yang positif. Kalau fokus pada masalah sahaja (atau problem), kita akan fikirkan semua yang ne gatif. So, be positif- fikir penyelesaian

tips kewangan

tip kewangan: berjimat cermat! billionaire terkenal seperti pengasas IKEA Ingvar Kamprad bawa kereta Volvo berusia 15 tahun, orang terkaya dunia Warren Buffet tinggal di rumah 5 bilik yang dibelinya 50 tahun lalu, John Caudwell dan David Cheriton gunting rambut sendiri di rumah sahaja. Kalau BILLIONAIRE pun berjimat ce rmat... kita yang bukan billionaire takkan belanja sakan bukan?

tips motivasi

 ramai antara kita menunggu peluang KEEMASAN atau a BIG BREAK datang untuk direbut. Sebenarnya peluang keemasan dan 'big break' tidak akan datang. SETIAP PELUANG adalah peluang keemasan sekiranya anda mencari dan menciptakan peluang yang lebih hebat daripadanya untuk diri anda dan keluarga

Tip motivasi:

Setiap malam sebelum tidur, fikirkan matlamat kita hari esok. Minda kita akan berfungsi pada level dibawah sedar ketika kita tidur dan matlamat esok akan lebih mudah dan cepat dicapai. Cuba lakukan malam ini

Tip kewangan

Tip kewangan: Tiada cara untuk cepat kaya. Disebabkan ramai orang fikir boleh cepat kaya, ramai tertipu dengan skim-skim di Internet dan bukan Internet. Bila tertipu dengan skim sebegini, bukan sekadar wang ringgit sahaja lebur, tetapi masa dan usaha kita sebelum ini memperolehi wang ringgit tersebut. TIADA jalan pinta s untuk menjadi kaya- dalami ilmu perniagaan & work hard and more!

kata hikmah

 Satu kunci kejayaan adalah to STAY FOCUSED. Sering kali kita hendak atau terpaksa lakukan banyak perkara dalam sesuatu masa. Akibatnya, tiada satu kejayaan hebat tercapai, cuma kejayaan biasa-biasa shj. Kata Confucius, Kalau kita kejar 2 ekor arnab, nanti satu arnab pun tak dapat tangkap. Fokus kepada apa yang kita lakukan

Monday, September 13, 2010

perayaan yang hakiki


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. 

Hari ini dah masuk hari yang terakhir puasa. Ayuh kita sama2 berdoa kepada Allah supaya kita menjadi 'the chosen one' yakni menjadi orang yang terpilih untuk berjumpa dengan Ramadhan pada tahun hadapan. insyaAllah. =) 

Baiklah, ada sedikit perkongsian. 

Semua orang mahu beraya. Tidak ada yang tak nak beraya. Jumpa keluarga, sanak saudara, ziarah rakan2 dan macam2 lagi aktiviti yang dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Memang seronok. Almaklumlah, setahun sekali kita jumpa raya, bila tiba masanya, sudah pasti kita mahu meraikannya. kan? Even Ar Rasul Salam (S.a.w) juga meraikannya. Tetapi, apa bezanya cara kita meraikannya dengan cara Nabi kita meraikannya. Sebelum itu, mari kita lihat apakah definisi perayaan yang hakiki bagi Anas bin Malik :- 

(1) Melalui satu hari tanpa dosa
(2) Mampu mengucap syahadah ketika nyawa hendak dicabut
(3) Berjaya merentasi titian siratal mustaqim.
(4) Dipilih oleh Allah untuk masuk ke syurga
(5) Dapat melihat wajah Allah.

haaa... mantap tak definisi perayaan bagi Anas bin Malik? hehe, sewaktu saya dapat tahu tentang ni, memang zasss jugak lah. :D  Tapi takpe, tak salah untuk meraikan hari raya aidilfitri, sebab Nabi pun meraikannya. Tetapi bagi kita, kita raikannya dengan maksiat! (na'uzubika min dzalik). Maksiat apa pulak neyh wahai si penulis yang hina hOiiii..? haa baiklah jom kita pelajari sama2. Yang pertama, maksiat zahir yakni tamsilannya adalah bila mana kita tidak menjaga pergaulan ketika beraya. dan juga bila mana kita terlampau seronok beraya sampai melupakan perintah Allah seperti solat dan sebagainya.  Yang kedua, maksiat batin. haaaa... ada jugak ye.. sebagai contoh adalah kita riak, takabbur dan berlebihan dalam persiapan berhari raya kita dan sebagainya. 

Jom kita sama2 sambut Hari Raya dengan penuh kesyukuran. dan Jom sama2 kita muhasabah diri yakni adakah kita dah dapat takwa yang dijanjikan oleh Allah itu? (2:183)

Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ۡ تَتَّÙ‚ُونَ

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. 

Pemahaman Islam, Iman dan Ihsan Pemahaman Islam, Iman dan Ihsan

Pemahaman Islam, Iman dan Ihsan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua.


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur kita kepada ALLAH swt kerana dengan limpah kurniaNya yang tidak ternilai ini, kita semua masih berada di atas muka bumi ini, nyawa kita masih dipulangkan, kita masih dapat meneruskan perjalanan kita yang sesaat ini untuk berjumpa denganNya dan bermacam-macam nikmat lagi. Alhamdulillah.


Dalam post saya yang ini, saya telah bawa hadis 1 dalam Hadis Arbain iaitu hadis yang berkaitan tentang pahala yang kita dapat adalah berdasarkan niat kita. Berdasarkan hadis itu, maknanya, semua perkara yang kita lakukan akan dinilai berdasarkan niat di hati kita. Niat yang mana hanya kita dan ALLAH sahaja yang tahu.


Kita buat baik, akan pasti ada orang yang nampak. Kita sedekah, solat di masjid, beri nasihat, ajak orang solat, belajar dan pelbagai lagi perkara baik yang kita lakukan semuanya akan pasti ada orang yang nampak. Biarlah orang hendak kata itu, kata ini, namun hakikatnya, semua perkara yang kita lakukan, akan dinilai melalui niat kita. Kalau niat kita kerana ALLAH, maka kita dapatlah pahala kita buat amal itu hanya kerana ALLAH. Kalau niat kita untuk sekian, sekian, kita dapatlah pahala atas dasar niat kita yang sekian sekian itu. Insya-Allah.


Jadi, post kali ini, saya akan teruskan dengan hadis yang kedua. Jikalau sebelum ini ianya dalam bahasa Inggeris, tetapi pada kali ini dan seterusnya insya-Allah, semuanya akan saya kongsikan dalam bahasa Melayu yang lebih mudah untuk kita semua fahami, insya-Allah.


Umar bin Khattab ra. berkata,


"Suatu ketika kami (para sahabat) duduk di dekat Rasulullah s.a.w.. Tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki mengenakan pakaian yang sangat putih dan rambutnya amat hitam. Tak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan dan tak ada seorang pun di antara kami yang mengenalnya.


Ia segera duduk di hadapan Nabi, lalu lututnya disandarkan kepada lutut Nabi dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha Nabi, kemudian ia berkata,


' Hai Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang Islam'


Rasulullah SAW menjawab,


'Islam adalah engkau bersaksi tidak ada Tuhan melainkan ALLAH dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasul ALLAH, menegakkan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di Ramadhan dan engkau menunaikan haji ke Baitullah jika engkau mampu melakukannya'.


Lelaki itu berkata ,


'Engkau benar'.


Maka kami heran; ia yang bertanya ia pula yang membenarkannya. Kemudian ia bertanya lagi,


'Beritahukan kepadaku tentang Iman'


Nabi menjawab,


' Iman adalah engkau beriman kepada ALLAH, malaikatNya, kitab-kitabNya,para RasulNya, hari Akhir dan beriman kepada takdir ALLAH yang baik dan yang buruk'.


Ia berkata,


'Engkau benar'.


Dia bertanya lagi, 'Beritahukan kepadaku tentang Ihsan.'


Nabi menjawab,


'Hendaklah engkau beribadah kepada ALLAH seakan-akan engkau melihatNya, kalaupun engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu.'


Lelaki itu berkata lagi, 'Beritahukan kepadaku kapan terjadinya Kiamat.'


Nabi menjawab,


'Yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya.'


Dia pun bertanya lagi, 'Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya!'


Nabi menjawab,


'Jika seorang budak wanita telah melahirkan tuannya, jika engkau melihat orang yang bertelanjang kaki, tanpa memakai baju (miskin papa) serta penggembala kambing telah saling berlomba dalam mendirikan bangunan megah yang menjulang tinggi.'


Kemudian lelaki tersebut segera pergi. Aku pun terdiam sehingga Nabi bertanya kepadaku,


'Wahai Umar, tahukah engkau siapa yang bertanya tadi?'


Aku menjawab, 'Allah dan RasulNya lebih mengetahui.'


Beliau bersabda, 'Ia adalah JIBRIL yang mengajarkan kalian tentang AGAMA kalian.'


Antara ibrah yang boleh kita ambil daripada Hadis ini adalah :


(1) Di antara perilaku Nabi adalah bermajlis dengan para sahabatnya. Perilaku ini menunjukkan bagaimana baiknya budi pekerti Baginda. Seorang manusia sepatutnya bergaul dengan sesamanya, dan duduk bersama serta tidak mengisolatekan diri dari orang ramai


(2) Para malaikat boleh menjelma di hadapan manusia dalam bentuk manusia, kerana Jibril muncul di hadapan para sahabat dengan gambaran yang telah disebutkan dalam hadits ini (Lelaki yang berambut hitam legam, berpakaian sangat putih dan tidak terlihat padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun dari sahabat yang mengenalnya.


(3) Baiknya etika seorang yang belajar di hadapan gurunya, dimana Jibril duduk di hadapan Nabi dengan cara duduk yang menunjukkan adab sopan santun, memasang telinganya, siap untuk menerima semua pelajaran yang akan disampaikan kepadanya, lalu dia menyandarkan kedua lututnya pada kedua lutut nabi, dan meletakkan kedua telapak tangannya di atas kedua pahanya.


(4) Seorang boleh bertanya tentang sesuatu yang telah diketahui dalam rangka memberikan pelajaran kepada orang yang belum mengetahui, kerana Jibril telah mengetahui jawapan dari pertanyaan tersebut, berdasarkan ucapannya dalam hadits, “Engkau benar,” akan tetapi jika si penanya bermaksud agar orang yang berada di sekitar orang yang menjawab tersebut dapat mengambil pelajaran, maka yang seperti itu dapat dianggap memberikan pelajaran kepada mereka.


Dan banyak lagi pengajaran yang boleh di ambil dari hadis ini.


Wallahua'lam. ^_^

Dua Perut,Dua Makanan

Dua Perut,Dua Makanan


Salam syawal
Saya pasti saat ini semua orang sedang bergembira dan saya juga pasti,semua orang sedang menikmati juadah-juadah istimewa hari raya.Apapaun,saya harap supaya Aidilfitri ini disambut dalam keadaan besederhana tapi dalam fitrah,tunduk dan syukur kepada Allah.Dalam masa kita enak menikmati juadah hari raya seperti lemang,ketupat,endang dan kuih-kuih raya,beringatlah akan saudara kita diPalestin.Entah bagaimana mereka meraikan hari ini.

Dua Perut Yang Perlu Diisi
Pada penciptaan seseorang manusia,Allah telah menjadikan setiap daripada kita memiliki dua 'perut'.Satu perut yang zahir iaitu pada abdomen kita manakala satu lagi perut ialah yang tidak zahir,iaitu hati kita.Perut yang zahir ini makanannya ialah makanan jasmani namun makanan hati lain pula bentuknya.

Pada saat seseorang bayi lahir ke dunia,kedua-dua perut dan hati mereka kosong.Kerana itu setiap bayi diberi minum susu ibu iaitu sebaik-baik makanan,dan diperdengarkan azan sebagai sebaik-baik makanan hati.Begitu juga kita,sekiranya perut kita kosong,ia perlu diisi.Namun,bukan sembarangan benda boleh dimasukkan ke dalam perut kita.Sekiranya makanan yang terlalu berasid masuk,maka ia memudaratkan badan kita.Sama juga jika makanan yang terlalu berlemak atau terlalu pedas,kita akan mendapat kemudharatan.

Sebaiknya,perut yang kosong perlu di isi dengan makanan-makanan yang baik dan baik.Bagaimana makanan boleh membentuk jati diri muslim,itu sudah diceritakan dalambanyak hadis.Cukuplah jika kita faham bahawa islam ialah agama yang menjaga jiwa manusia,maka setiap yang memudharatkan kesihatan walaupun asalnya halal,tapi menjadi haram.Maka,makan secara berlebihan juga haram.
Adapun makanan hati,ia adalah berupa bentuk tarbiyyah,zikir dan amalan soleh.Hati yang kosong tidak boleh diisi dengan benda lain,selain daripada makanannya.Kita lihat bagaimana remaja-remaja khususnya memberi makanan yang silap kepada hati mereka.Makanan berbentuk hiburan tanpa sekatan,musik dan filem yang melalaikan atau juga cara hidup Barat ternyata tidak memberi mereka kebaikan melainkan mereka menjadi semakin terasing.Terasing daripada kasih Tuhan.

Dari mana datangnya ketenangan?
Ketenangan ialah hasil daripada jiwa yang terdidik dengan acuan al-Quran,sunnah rasul dan panduan ulama.Ramai orang tercari-cari akan ketenangan itu,tapi mereka tak berolehnya walaupun pelusuk dunia telah pun dia jejaki.Kerana firman Allah dlm surah al-Fath ayat 3-"Dialah yang menurunkan ketenangan ke dalam diri mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka yang telah ada'.

Manusia,walaupun perutnya buncit penuh dengan makanan,namun jika hatinya kosong maka dia sebenarnya menderita.Hati yang kosong daripada panduan al-Quran akan dipandu oleh hawa nafsu dan syaitan.Kerana itu,hati ini ialah tempat jatuhnya pandangan Allah kepada kita.Dia menilai kita bukan dengan rupa paras,harta atau kedudukan sebaliknya dengan nilai hati kita.Kerana itu Rasulallah berkata bahawa yang kaya itu bukan harta sebaliknya yang kaya itu ialah kaya hati.

Orang kaya mampu membeli segalanya,tapi org kaya tak mampu membeli syurga.Org yg kaya hati,takkan mampu membeli segalanya,tapi dia mampu memiliki segalanya kerana dia memiliki syurga.Itu bezanya.

Topap hati?
Jika perut lapar,makanan ada dimana-mana tapi bila hati kita lapar,kita jarang ambil peduli.Hati yang lapar,rindu kepada Tuhan.Maka pengisiannya ialah dengan mendampingi tuhan.Caranya ialah dengan tarbiyyah.Hati manusia harus dididik dengan didikan Rasulallah.Jika hati sudah bisa memahami islam,maka setiap hak dalam islam bukan lagi sesuatu yan sukar untuk dijalankan.

Firman Allah dalam surah al-hujurat ayat 7 bahawa fitrah manusia ialah menyukai keimanan dan benci kepada kekufuran.Maka,kerana itulah saya menyeru kepada diri saya khususnya bahawa untuk hidup dalam keadaan tenang,maka mahu atau tidak kita harus mula kembali beriman.Kita perlu mula kembali memahami islam dan mula mengamalkan nilai-nilai islam dalam kehidupan.

Akhir kata
Jangan lupa ibadah.Jangan lupa solat jemaah(bagi lelaki) dan solat diawal waktu(bagi wanita) dan jangan lupa berlaku baik kepada tetamu,juga jangan menjadi lelaki dayus iaitu lelaki yang bilamana ahli keluarganya buat maksiat(cth:bukak aurat),dia tak menegur dan paling penting ialah jagaikhtilat.Jaga hubungan lelaki-perempuan.Jangan main salam je.Kena bakar tangan nanti,saya tak sanggup tengok.Sambutlah syawal dengan syukur.Semoga bertemu lagi dalam ramadhan akan datang.

Syu’ur KITA

Syu’ur KITA

Posted: 12.09.10 by Ammar in Dakwah
999
Ikhwah dan Akhawat yang dikasihi di mana saja antum berada..
Aqidah Islamiyyah yang kita imani adalah mengenali Allah, membersihkanNya dan meninggikanNya. Dan bukanlah aqidah yang benar itu sekadar perbincangan di mulut, atau pun rekreasi minda mahu pun hafalan pada rukun2 tertentu.
Imam Hasan Al-Basri ditanya adakah kau telah beriman? Hasan Al-Basri reply jika beriman semudah beriman dengan 6 rukun, maka ya aku telah beriman. Tapi jika beriman sebagaimana Al-Anfaal ayat 2, maka aku tidak pasti dan hanya Allah yang tahu.
Tetapi aqidah yang benar yang kita imani perlu terbit dari interaksi sohih kita dengan Al-Quran, kalamullah. Bagaimana para sahabat ditarbiyyah jiwa dan keyakinan mereka dengan Surah2 Makkiyah agar tahu dan mahu pada Allah dan Hari AkhiratNya, begitu jugalah KITA perlu ditarbiyyah. Masakan aqidah yang benar boleh dibina tanpa pernah berinteraksi dengan Al-Quran.
Aqidah yang benar akan membuahkan perasaan (syu’ur) yang sahih. Bila ruh KITA diberikan makanannya yang fresh dan segar dari Al-Quran dan As-Sunnah, maka ia pastinya akan hidup dan menjadi sensitif.
Maka adakah gembira-sedih,suka-duka, happy-moody, segar-penat KITA berpaksikan jiwa yang hidup ini? Ataupun gembira-sedih,suka-duka, happy-moody, segar-penat KITA timbul dek perkara yang sama yang membuatkan manusia tidak muslim gembira-sedih,suka-duka, happy-moody, segar-penat?
InshaAllah jika syu’ur KITA timbul dari aqidah yang benar, maka tiadalah lagi titisan air mata KITA kerana AF, Malaysian Idol mahupun World Cup. Tiadalah lagi sorak sorai KITA kerana AF, Malaysian Idol mahupun World Cup. Akan tetapi segala syu’ur yang muncul adalah kerana Allah dan RisalahNya semata! Bukankah ‘Aamul Huzun Nabi SAW kerana hambatan-hambatan yang berlaku dalam perjuanganNya?
Ikhwah dan Akhawat,
Bila aqidah yang benar mendasari kefahaman KITA, maka kefahaman akan menjadi somimah, keikhlasan akan menjadi solely untuk Allah, syu’ur akan muncul hanya kerana Allah dan amal akan berbuah dengan buah yang best sesuai dengan izin Allah.
Aqidah yang benar ini akan meninggikan himmah KITA dan mengqawiyykan iradah/kehendak KITA. Sehingga tiada lagi sempadan geografi, kekurangan masa, ataupun kelelahan jasad yang akan menghentikan derap langkah KITA.
Syu’ur KITA ini akan mengajak KITA untuk berenang ke Fiji Island mencari mad’u, menaiki bus dan ferri 8-9 jam untuk berhalaqah 2 jam, mengajak KITA berinfaq seluruh harta KITA di kala account menghampiri AUD 0.00 dan menyeru KITA untuk menyerahkan jantung2 KITA bila Allah mengizinkan.
Ikhwah dan Akhawat..Masih ingat apa itu Uzlah Syu’uriyyah? Inilah cara KITA mengurus perasaan KITA. Bukanlah dengan perasaan yang lain dan unique yang membuak2 dalam jiwa2 KITA ini, mengharuskan KITA untuk menyendiri di dalam gua dan bilik selesa. Ini hanyalah syok sendiri. Tetapi syu’ur yang benar ini ialah pabila KITA telah berada bersama dengan masyarakat, dan masih mampu memelihara syu’ur yang sama, bahkan lebih memantapkan lagi. Mafhum kata Nabi SAW, muslim yang baik adalah yang bergaul dan bersabar dalam bergaul (kerana masyarakat yang tidak mengerti). Yakhtalitoon wa laakin yatamayyazoon!
Ikhwah dan Akhwat yang dirahmati Allah,
Tiadalah semua ini KITA imani dan amalkan melainkan kerana syu’ur kita yang agung untuk mendapatkan cinta Allah dan JannahNya.
Teruskanlah bersyu’ur begini sehingga ia menjadi tumuhaat KITA!
‘Di hari tiada manfaatnya harta dan anak-anak, kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan membawa Qolbun Saleem ‘
Wallahul Musta’an..
dipetik dari Eraku Era Baru (Dr. Harith bin Roslizar)
Patner kami
BestTheme.Net
BestTheme.Net
BestTheme.Net
http://www.saff-1.com/