Pemahaman Islam, Iman dan Ihsan
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur kita kepada ALLAH swt kerana dengan limpah kurniaNya yang tidak ternilai ini, kita semua masih berada di atas muka bumi ini, nyawa kita masih dipulangkan, kita masih dapat meneruskan perjalanan kita yang sesaat ini untuk berjumpa denganNya dan bermacam-macam nikmat lagi. Alhamdulillah.
Dalam post saya yang ini, saya telah bawa hadis 1 dalam Hadis Arbain iaitu hadis yang berkaitan tentang pahala yang kita dapat adalah berdasarkan niat kita. Berdasarkan hadis itu, maknanya, semua perkara yang kita lakukan akan dinilai berdasarkan niat di hati kita. Niat yang mana hanya kita dan ALLAH sahaja yang tahu.
Kita buat baik, akan pasti ada orang yang nampak. Kita sedekah, solat di masjid, beri nasihat, ajak orang solat, belajar dan pelbagai lagi perkara baik yang kita lakukan semuanya akan pasti ada orang yang nampak. Biarlah orang hendak kata itu, kata ini, namun hakikatnya, semua perkara yang kita lakukan, akan dinilai melalui niat kita. Kalau niat kita kerana ALLAH, maka kita dapatlah pahala kita buat amal itu hanya kerana ALLAH. Kalau niat kita untuk sekian, sekian, kita dapatlah pahala atas dasar niat kita yang sekian sekian itu. Insya-Allah.
Jadi, post kali ini, saya akan teruskan dengan hadis yang kedua. Jikalau sebelum ini ianya dalam bahasa Inggeris, tetapi pada kali ini dan seterusnya insya-Allah, semuanya akan saya kongsikan dalam bahasa Melayu yang lebih mudah untuk kita semua fahami, insya-Allah.
Umar bin Khattab ra. berkata,
"Suatu ketika kami (para sahabat) duduk di dekat Rasulullah s.a.w.. Tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki mengenakan pakaian yang sangat putih dan rambutnya amat hitam. Tak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan dan tak ada seorang pun di antara kami yang mengenalnya.
Ia segera duduk di hadapan Nabi, lalu lututnya disandarkan kepada lutut Nabi dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha Nabi, kemudian ia berkata,
' Hai Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang Islam'
Rasulullah SAW menjawab,
'Islam adalah engkau bersaksi tidak ada Tuhan melainkan ALLAH dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasul ALLAH, menegakkan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di Ramadhan dan engkau menunaikan haji ke Baitullah jika engkau mampu melakukannya'.
Lelaki itu berkata ,
'Engkau benar'.
Maka kami heran; ia yang bertanya ia pula yang membenarkannya. Kemudian ia bertanya lagi,
'Beritahukan kepadaku tentang Iman'
Nabi menjawab,
' Iman adalah engkau beriman kepada ALLAH, malaikatNya, kitab-kitabNya,para RasulNya, hari Akhir dan beriman kepada takdir ALLAH yang baik dan yang buruk'.
Ia berkata,
'Engkau benar'.
Dia bertanya lagi, 'Beritahukan kepadaku tentang Ihsan.'
Nabi menjawab,
'Hendaklah engkau beribadah kepada ALLAH seakan-akan engkau melihatNya, kalaupun engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu.'
Lelaki itu berkata lagi, 'Beritahukan kepadaku kapan terjadinya Kiamat.'
Nabi menjawab,
'Yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya.'
Dia pun bertanya lagi, 'Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya!'
Nabi menjawab,
'Jika seorang budak wanita telah melahirkan tuannya, jika engkau melihat orang yang bertelanjang kaki, tanpa memakai baju (miskin papa) serta penggembala kambing telah saling berlomba dalam mendirikan bangunan megah yang menjulang tinggi.'
Kemudian lelaki tersebut segera pergi. Aku pun terdiam sehingga Nabi bertanya kepadaku,
'Wahai Umar, tahukah engkau siapa yang bertanya tadi?'
Aku menjawab, 'Allah dan RasulNya lebih mengetahui.'
Beliau bersabda, 'Ia adalah JIBRIL yang mengajarkan kalian tentang AGAMA kalian.'

Antara ibrah yang boleh kita ambil daripada Hadis ini adalah :
(1) Di antara perilaku Nabi adalah bermajlis dengan para sahabatnya. Perilaku ini menunjukkan bagaimana baiknya budi pekerti Baginda. Seorang manusia sepatutnya bergaul dengan sesamanya, dan duduk bersama serta tidak mengisolatekan diri dari orang ramai
(2) Para malaikat boleh menjelma di hadapan manusia dalam bentuk manusia, kerana Jibril muncul di hadapan para sahabat dengan gambaran yang telah disebutkan dalam hadits ini (Lelaki yang berambut hitam legam, berpakaian sangat putih dan tidak terlihat padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun dari sahabat yang mengenalnya.
(3) Baiknya etika seorang yang belajar di hadapan gurunya, dimana Jibril duduk di hadapan Nabi dengan cara duduk yang menunjukkan adab sopan santun, memasang telinganya, siap untuk menerima semua pelajaran yang akan disampaikan kepadanya, lalu dia menyandarkan kedua lututnya pada kedua lutut nabi, dan meletakkan kedua telapak tangannya di atas kedua pahanya.
(4) Seorang boleh bertanya tentang sesuatu yang telah diketahui dalam rangka memberikan pelajaran kepada orang yang belum mengetahui, kerana Jibril telah mengetahui jawapan dari pertanyaan tersebut, berdasarkan ucapannya dalam hadits, “Engkau benar,” akan tetapi jika si penanya bermaksud agar orang yang berada di sekitar orang yang menjawab tersebut dapat mengambil pelajaran, maka yang seperti itu dapat dianggap memberikan pelajaran kepada mereka.
Dan banyak lagi pengajaran yang boleh di ambil dari hadis ini.
Wallahua'lam. ^_^
Wallahua'lam. ^_^
No comments:
Post a Comment