Jika anda bijak mempraktikkan cara menjaga kecantikan diri dari awal,maka tak perlulah anda mengeluarkan belanja yang besar untuk cantik sepanjang masa.asalkan anda rajin dan sering mengamalkannya secara berdisiplin,cara rngkas berasaskan semulajadi tanpa perlu rasa kesakitan dan tidak memudaratkan diri melalui 23 tips cantik ini anda pasti tersenyum puas dengan kecantikan diri yang anda miliki.
1) Gosoklah gigi anda sebelum mencuci muka!
bacteria yang terdapat pada karang gigi serta sisa makanan ini juga akan menyebabkan kulit di sekitar bibir kering bahkan akan menyebabkan alahan.mencucinya dengan air tidak akan menghilangkannya dengan betul.mencuci wajah sesudah menggosok gigi akan membersihkannya secara total.
2) Untuk menjimatkan waktu di pagi hari,
anda tidak perlu melakukan rutin yang sama untuk mencuci wajah dipagi hari bila anda sudah mencucinya dengan bersih diwaktu malam.memadai bilas wajah anda dengan air hangat selama 30 saat dan anda boleh menggunakan pelembap.
3) Jangan menggosokkan pergelangan tangan
anda setalah menyemburkanya dengan minyak wangi!gosokkan yang dilakukan itu menjadikan kulit memanas dan wangian cepat hilang.biarkan minyak wangi anda itu mongering denagan sendirinya,malah tahan lebih lama.
4) Pasti anda pernah mendengar tentang menghilangkan jerawat
dengan cepat dengan mengoleskan karang gigi.percayalah tidak ada kejaiban yang dapat menghilangkan jerawat dalam semalaman!cara terbaik adalah memastikan muka selalau dalam keadaan bersih dan mengoleskan ubat jerawat serta membiarkannya kering denagan sendirinya.
5) Eye liner cair lebih tepat bila digunakan pada atas mata,
sedangkan untuk garis dibawah mata lebih baik menggunakan pensil.
6) Kecewa kerana eye shadow yang anda gunakan tidak dapat bertahan lama?pada ketika anda menggunakan eye shadow,basahkan alat/penyapu eye shadow yang anda gunakan dengan sedikit air.awalnya,mungkin terasa terlalu tebal,tapi anda akan tersenyum puas melihat berapa lama ia bertahan.
7) Anda ingin tampil natural?rahsianya adalah menggunakan foundation ringan,kemudian sapukan blush on jenis krim.setelah itu,gunakan mascara dan sudah memadai juga dengan hanya menambahkan lip gloss pada bibir.
8) Mata kelihatan sembap dan berkantung?minum terlalu banyak alcohol dan mengambil banyak garam menyebabkan berkurangnya air dan menjadikan kulit dibawah mata membengkak.beristirehat,mengurangkan pengambilan kafein dan tidur diatas bantal yang lebih tinggi boleh mngurangkan kesan kantung dibawah mata.selain itu,uncang teh dan potongan timun masih menjadi bahan semulajadi yang efektif.
9) Anda suka menggunakan topi atau skaf di kepala,namun takut ketika topi dibuka rambut akan kelihatan lepek?agar rambut tidak jadi lepek,jangan memakai penutup kepala ketika rambut belum benar-benar kering.gunakan pengering rambut agar rambut kering dengan sempurna.tidak perlu takut menggunakan topi kerana rambut anda akan tetap kelihatan sempurna selepasnya.
10) Waktu yang tepat untuk menyolek kembali dan memperbaiki wajah selepas 8 jam.kerap menambahkan solekan akan menjadikan solekan atau waran tidak rata .namun untuk lipstick,anda wajar menggunakannya dengan kerap,khususnya selepas makan.
11) Jika selama ini anda selalu menggunakan concealer sebelum menggunakan foundation,lakukanlah pula sebaliknya.sapukan foundation terlebih dahulu,sebagai asasnya kemudian barulah concealer di wajah anda.ini akan menjadikan penampilan lebi natural dan menjimatkan penggunaan concealer.
12) Bersedialah untuk menjaga bibir anda sempena musim panas ini!bibir kering dan pecah-pecah tentunya mencacatkan penampilan anda.gunakan berus lembut dengan sedikit losyen dan ratakan perlahan-perlahan.tapi awas jangan masuk kedalam mulut.
13) Memakai kasut yang mendedahkan kaki membuatkan kulit kaki kering dan pecah-pecah.keadaan ini berpunca daripada pencemaran dan kekotoran.adakalanya menggunakan losyen pelembap tidak dapat membantu.agar kulit kembali halus dan tidak pecah-pecah,setiap malam sapukan losyen pelembap pada kaki kemudian pakaikan sarung kaki selama semalaman.
14) Sering mencuci tangan memang baik untuk kesihatan.
namun,air dan sabun yang digunakan akan menyebabkan kulit menjadi kasar dan kering.oleskan pelambap setiap kali anda mencuci tangan agar lembapannya terjaga.
15) Jika kuku anda terasa rapuh,rendam kuku dalam susu hangat atau suam.susu mengandungi asid laktik yang membantu mengeluarkan sel kulit mati,sehingga menghaluskan kulit.kalsiumnya yang terkandung dalam susu juga turut menguatkan kuku rapuh.
16) Bibir anda terasa terlalu tipis dan tidak penuh biarpun setelah memakai lipstick?rahsianya,setelah menggunakan lipstick sapukan pula lipstick senada yang berwarna lebih terang pada bahagian tengah dalam bibir.teknik sedemikian bibir akan kelihatan lebih terbentuk dan tampil lebih penuh.
17) Ketika membersihkan muka,gunakan air suam,kemudian akhiri dengan menggunakan air sejuk.air suam berguna untuk membuka pori-pori sehingga kekotoran didalam kulit akan terhakis.air sejuk pula akan menutup semula pori-pori yang terbuka.amalan akan menjadikan kulit tampil halus dan sempurna.
18) Mascara sebaiknya digunakan palinh kurang 4 bulan.
sedangkan untuk eye shadow dan lipstick,anda dapat menggunakanya sehinnga dua tahun.caranya adalah dengan memerhatikan warna dan teksturnya.jika berubah,bererti keadaannya sudah tidak baik.namun,bila anda terlalu yakin dengan keadaanya,jangan pertaruhkan kulit anda,buang saja!
19) Anda perlu memiliki dua jenis foundation:satu berwarna lebih terang yang lainnya lebih gelap.yang berwarna lebih terang digunakan pada lingkaran mata dan dibawah hidung.manakala yang lebih gelap digunakan sekitar dagu dan pipi bahagian luar.
20) Ramai orang berfikir,selulit mustahil untuk dihilangkan,
biarpun dengan menggunakan losyen anti selulit.anda harus cuba petua ini,gosokkan skrub pada bahagian tubuh yang berselulit sebelum mandi,kemudian barulah diikuti dengan losyen anti selulit sebaik sahaja badan dikeringkan.keadaan ini akan menjadikan losyen tersebut lebih berkesan.
21) Anda malas keluar rumah dan menyediakan waktu tertentu untuk aktiviti riadah atau sukan?
sediakan saja dirumah anda.gerakan yang dilakukan ketika membersihkan rumah selama 20 minit mampu membakar 80-90 kalori .bayangkan jika anda melakukannya lebih lama.
22) Masukkan air putih/masak kedalam diet anda!air putih ternyata memiliki manfaat lebih dari yang kita anggarkan.air adalah satu daripada enam nutrisi penting.jika anda mengalami berat badan berlebihan,kulit kusam dan berjerawat,mungkin ini petanda anda kekurangan cecair berharga ini.
23) Masukkan seketul halia yang sudah diketuk/dititik kedalam air yang anda sedang rebus untuk menyediakan teh.halia memilki banyak khasiat,antara lain mengurangkan peluh berlebihan,masalah dengan perut membuatkan badan lebih sihat dan tidak cepat penat.teh yang anda minum pun terasa lebih nikmat dan sedap.
GO TO SINGAPORE....( 4/8/12 )
-
*salam ramadhan dan kembali semula.... nie ade lah trip aku ke singapore...
best.... aku gi ngn farid dan amani.....
12 years ago