apabila dalam perasaan MARAH, jangan lakukan sebarang keputusan, atau memaksa sebarang keputusan dari orang yang sedang MARAH. ini kerana neocortex (bahagian otak yang berfikir) tidak berfungsi ketika hormon marah sedang membara
tip kewangan: sekiranya kita tak boleh simpan 10% daripada pendapatan bulanan kita, ertinya there is something definitely wrong dengan spending habit kita. Mungkin bayaran rumah, kereta yang terlalu tinggi, mungkin kita terlebih belanja, mungkin tanggungan kita tinggi... etc. Jujur pada diri sendiri dan ambil tanggungj awab untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan kita
tip motivasi: sekiranya anda rasa kurang bermotivasi, rasa lemah badan, rasa cepat mengantuk, hilang semangat... kadang kalanya, ia bukan masalah kurang semangat motivasi diri. tetapi kita kurang bersenam! keep fit! badan yang segar dan sihat akan meningkatkan motivasi kita... so, rajin2 la pergi gym (atau bersenam & k eluarkan peluh dari rumah). Siapa kurang bersenam di sini
tip motivasi: sekiranya bertemu masalah, tak kira besar macam mana pun masalah tersebut, fokuskan pada penyelesaian. dan bukan pada masalah tersebut. dengan fokus pada penyelesaian (atau solutions), kita fokuskan pada sesuatu yang positif. Kalau fokus pada masalah sahaja (atau problem), kita akan fikirkan semua yang ne gatif. So, be positif- fikir penyelesaian
tip kewangan: berjimat cermat! billionaire terkenal seperti pengasas IKEA Ingvar Kamprad bawa kereta Volvo berusia 15 tahun, orang terkaya dunia Warren Buffet tinggal di rumah 5 bilik yang dibelinya 50 tahun lalu, John Caudwell dan David Cheriton gunting rambut sendiri di rumah sahaja. Kalau BILLIONAIRE pun berjimat ce rmat... kita yang bukan billionaire takkan belanja sakan bukan?
ramai antara kita menunggu peluang KEEMASAN atau a BIG BREAK datang untuk direbut. Sebenarnya peluang keemasan dan 'big break' tidak akan datang. SETIAP PELUANG adalah peluang keemasan sekiranya anda mencari dan menciptakan peluang yang lebih hebat daripadanya untuk diri anda dan keluarga
Setiap malam sebelum tidur, fikirkan matlamat kita hari esok. Minda kita akan berfungsi pada level dibawah sedar ketika kita tidur dan matlamat esok akan lebih mudah dan cepat dicapai. Cuba lakukan malam ini
Tip kewangan: Tiada cara untuk cepat kaya. Disebabkan ramai orang fikir boleh cepat kaya, ramai tertipu dengan skim-skim di Internet dan bukan Internet. Bila tertipu dengan skim sebegini, bukan sekadar wang ringgit sahaja lebur, tetapi masa dan usaha kita sebelum ini memperolehi wang ringgit tersebut. TIADA jalan pinta s untuk menjadi kaya- dalami ilmu perniagaan & work hard and more!
Satu kunci kejayaan adalah to STAY FOCUSED. Sering kali kita hendak atau terpaksa lakukan banyak perkara dalam sesuatu masa. Akibatnya, tiada satu kejayaan hebat tercapai, cuma kejayaan biasa-biasa shj. Kata Confucius, Kalau kita kejar 2 ekor arnab, nanti satu arnab pun tak dapat tangkap. Fokus kepada apa yang kita lakukan