Blog Saff-1.Com

Friday, April 16, 2010

TIPS PEKERJA CEMERLANG

Bila anda ada matlamat mahu menjadi pekerja cemerlang, ini ada beberapa petua yang boleh anda amalkan:

1. Muhasabah Apa Niat Untuk Bekerja.


Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu bermula dari asas, iaitu niat hati Anda.

Buat muhasabah diri, kaji untuk apa anda setiap hari ke tempat kerja. Adakah semata-mata hanya kerana Anda dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tak kisah apa tu kecemerlangan dalam kerjaya) atau minat pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali? Dengan kata lain apa matlamat anda bekerja?

Ini kerana setelah mengkaji mindset sesetengah orang, ada yang jadi mereka jadi malas, tak bersemangat, kerja main lepas tangan dan lebih suka tak ambil kisah, janji duit gaji dapat.

Namun, ada juga yang menjadikan tangga gaji sebagai ‘booster’ motivasi. Jika itu nawaitu Anda, yang lain akan turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti, prestasi, kerjasama dan akhir sekali mindset positif untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya.

2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang patut.


Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu Anda lakukan dalam bidang kerja Anda. Misalnya, jika kawan sekerja Anda masuk kerja jam 8 pagi hingga 5 petang, Anda pula masuk jam 7.30 pagi hingga 6 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga Anda tak sedar masa berlalu.

Sekiranya ada sikap lebih memberi ini, insyaAllah anda akan dapat ganjaran yang setimpal nanti.

3. Komited.

Tunjukkan komitmen yang tinggi dalam segala tugas yang diamanhkan kepada anda.Lakukan sesuatu kerja dengan penuh rasa tanggungjawab dan berikan sepenuh tumpuan.Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang Anda tunjuk rajin. Itu kerjaya Anda dan katakan pada diri bukan kawan-kawan Anda tu yang bayar gaji Anda.

Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadilah seorang proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikitpun balasan. Tapi, rajin biar kena tempatnya, nanti Anda akan dipergunakan.

4. Bijak Membawa Diri

Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit ‘politik’ pejabat.. Kemahiran komunikasi interpersonal amat penting di sini. Anda perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji sikap rakan-rakan sekerja Anda.

Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu dimana ruang yang dia boleh ‘membawa diri’ tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.

Tapi, pekerja yang cemerlang tidak membodek bosnya untuk cepat naik pangkat! Apa yang perlu dilakukan adalah mengurus bos anda.Kita akan bincangkan petua mengurus bos anda pada masa hadapan.

5. Belajar Tanpa Henti.

Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan.

Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat.

Minda lebih senang menangkap dan memahami apa yang Anda pelajari jika menumpu pada satu perkara dalam satu-satu masa.

Oleh itu hadirilah kursus atau bengkel yang boleh meningkatkan upaya diri anda!

6. Hormat Semua Orang.


Tak kira siapa jua rakan satu tempat kerja dengan Anda, hormati dia dan cuba ceriakan dia, walaupun dia setakat seorang mak cik cleaner. Tapi, jangan suka menyakat dan mentertawakan kekurangan atau kesilapan orang lain, sebab tak semua orang boleh menerimanya.

Jangan suka mengata atau bercakap fasal keburukan orang lain.Lebih-lebih jangan jadikan pejabat kita sebagai gossip corner .Anda akan dibenci orang dan dapat dosa kering kat di pejabat.Niat murni kita, kerja sebagai satu ibadah, telah anda musnahkan.


Ingat!! Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi, diamkan mulut, rajinkan tangan bekerja.

7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.

Ini yang paling akhir. Ingat, persepsi dan ‘first impression’ orang lain amat penting dalam suasana kerja.

Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh menilai sikap terhadap kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja.

Kalau berserabut, berterabur dan langsung tak teratur, itu tandanya orang tu bukan pekerja cemerlang dan akan payah untuk jadi cemerlang. Jika Anda duduk di meja yang selalu berterabur, ubah cepat perangai tu. Meja yang berserabut biasanya otak kita berderabut.Oleh itu kemaskanlah meja anda.

Sebagai kesimpulannya, dalam hidup ini kita perlu banyak memberi , kerana banyak juga anda akan terima nanti.Jangan berkira sangat dengan tenaga dan waktu anda.Berilah yang terbaik untuk Jabatan anda.Sayangilah organisasi anda.Beri komitmen pada kerja anda sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharap balasan dalam bentuk overtime lebih atau pujian semata. Ini resepi utama seorang pekerja cemerlang.Semoga apa yang kita lakukan di pejabat, akan mendapat ganjaran di sisi Allah nanti.
Leave a reply
Type your comment here...

No comments:

Post a Comment

Patner kami
BestTheme.Net
BestTheme.Net
BestTheme.Net
http://www.saff-1.com/