Blog Saff-1.Com

Friday, April 16, 2010

Sahabat seperjuangan,

Dalam menghadapi zaman kemelesetan dan kenaikan harga barang, pakar-pakar kewangan mengesyorkan supaya rakyat mengambil tindakan dengan mengurangkan pengeluaran (perbelanjaan) wang pendapatan mereka dan cuba mencari sumber-sumber lain bagi menambah pendapatan. Jadi bagaimana untuk mengurangkan pengaliran keluar wang pendapatan anda? Hanya ada satu cara iaitu BERJIMAT.

Maksudnya katakan selalunya anda membelanjakan wang sebanyak RM300.00 sebulan bagi belanja dapur rumah anda, namun setelah tindakan penjimatan dilakukan anda hanya membelanjakan sebanyak RM250.00 sebulan iaitu penjimatan sebanyak RM50.00. Itu hanya belanja dapur belum belanja-belanja lain. Sila lihat di bawah :

Perkara Belanja Bulan Lepas Target Belanja Bulan Ini Jumlah Penjimatan
Belanja Dapur
Minyak Kereta
Ansuran Kereta
Sewa Rumah
Bil Elektrik
Bil Air
Bil Telefon
Belanja Percutian
Bayaran Pinjaman
Bayaran Kad Kredit
Lain-Lain
Jumlah


Mungkin anda pernah cuba menyenaraikan senarai perbelanjaan wang pendapatan anda setiap bulan seperti di atas. Anda cuba bermain dengan angka dan cuba mendapatkan berapakah yang boleh anda jimatkan ataupun berapakah yang patut anda belanja untuk bulan tersebut supaya nilai penjimatan yang anda sasarkan bagi bulan tersebut boleh anda perolehi. Pusing punya pusing akhirnya perancangan anda tidak ke mana-mana. Malah anda bertambah pening dan bercelaru dan akhirnya anda kembali kepada asal tanpa melakukan usaha penjimatan.

Anda telah biasa dengan kempen-kempen yang mengajak rakyat untuk berjimat. Anda menyambutnya dengan baik namun usaha penjimatan seringkali menempuhi kegagalan. Oleh itu mari kita lihat kenapa usaha berjimat selalu menempuhi kegagalan.

No comments:

Post a Comment

Patner kami
BestTheme.Net
BestTheme.Net
BestTheme.Net
http://www.saff-1.com/