Blog Saff-1.Com

Monday, September 13, 2010

perayaan yang hakiki


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. 

Hari ini dah masuk hari yang terakhir puasa. Ayuh kita sama2 berdoa kepada Allah supaya kita menjadi 'the chosen one' yakni menjadi orang yang terpilih untuk berjumpa dengan Ramadhan pada tahun hadapan. insyaAllah. =) 

Baiklah, ada sedikit perkongsian. 

Semua orang mahu beraya. Tidak ada yang tak nak beraya. Jumpa keluarga, sanak saudara, ziarah rakan2 dan macam2 lagi aktiviti yang dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Memang seronok. Almaklumlah, setahun sekali kita jumpa raya, bila tiba masanya, sudah pasti kita mahu meraikannya. kan? Even Ar Rasul Salam (S.a.w) juga meraikannya. Tetapi, apa bezanya cara kita meraikannya dengan cara Nabi kita meraikannya. Sebelum itu, mari kita lihat apakah definisi perayaan yang hakiki bagi Anas bin Malik :- 

(1) Melalui satu hari tanpa dosa
(2) Mampu mengucap syahadah ketika nyawa hendak dicabut
(3) Berjaya merentasi titian siratal mustaqim.
(4) Dipilih oleh Allah untuk masuk ke syurga
(5) Dapat melihat wajah Allah.

haaa... mantap tak definisi perayaan bagi Anas bin Malik? hehe, sewaktu saya dapat tahu tentang ni, memang zasss jugak lah. :D  Tapi takpe, tak salah untuk meraikan hari raya aidilfitri, sebab Nabi pun meraikannya. Tetapi bagi kita, kita raikannya dengan maksiat! (na'uzubika min dzalik). Maksiat apa pulak neyh wahai si penulis yang hina hOiiii..? haa baiklah jom kita pelajari sama2. Yang pertama, maksiat zahir yakni tamsilannya adalah bila mana kita tidak menjaga pergaulan ketika beraya. dan juga bila mana kita terlampau seronok beraya sampai melupakan perintah Allah seperti solat dan sebagainya.  Yang kedua, maksiat batin. haaaa... ada jugak ye.. sebagai contoh adalah kita riak, takabbur dan berlebihan dalam persiapan berhari raya kita dan sebagainya. 

Jom kita sama2 sambut Hari Raya dengan penuh kesyukuran. dan Jom sama2 kita muhasabah diri yakni adakah kita dah dapat takwa yang dijanjikan oleh Allah itu? (2:183)

لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. 

No comments:

Post a Comment

Patner kami
BestTheme.Net
BestTheme.Net
BestTheme.Net
http://www.saff-1.com/