Blog Saff-1.Com

Monday, September 13, 2010

Syu’ur KITA

Syu’ur KITA

Posted: 12.09.10 by Ammar in Dakwah
999
Ikhwah dan Akhawat yang dikasihi di mana saja antum berada..
Aqidah Islamiyyah yang kita imani adalah mengenali Allah, membersihkanNya dan meninggikanNya. Dan bukanlah aqidah yang benar itu sekadar perbincangan di mulut, atau pun rekreasi minda mahu pun hafalan pada rukun2 tertentu.
Imam Hasan Al-Basri ditanya adakah kau telah beriman? Hasan Al-Basri reply jika beriman semudah beriman dengan 6 rukun, maka ya aku telah beriman. Tapi jika beriman sebagaimana Al-Anfaal ayat 2, maka aku tidak pasti dan hanya Allah yang tahu.
Tetapi aqidah yang benar yang kita imani perlu terbit dari interaksi sohih kita dengan Al-Quran, kalamullah. Bagaimana para sahabat ditarbiyyah jiwa dan keyakinan mereka dengan Surah2 Makkiyah agar tahu dan mahu pada Allah dan Hari AkhiratNya, begitu jugalah KITA perlu ditarbiyyah. Masakan aqidah yang benar boleh dibina tanpa pernah berinteraksi dengan Al-Quran.
Aqidah yang benar akan membuahkan perasaan (syu’ur) yang sahih. Bila ruh KITA diberikan makanannya yang fresh dan segar dari Al-Quran dan As-Sunnah, maka ia pastinya akan hidup dan menjadi sensitif.
Maka adakah gembira-sedih,suka-duka, happy-moody, segar-penat KITA berpaksikan jiwa yang hidup ini? Ataupun gembira-sedih,suka-duka, happy-moody, segar-penat KITA timbul dek perkara yang sama yang membuatkan manusia tidak muslim gembira-sedih,suka-duka, happy-moody, segar-penat?
InshaAllah jika syu’ur KITA timbul dari aqidah yang benar, maka tiadalah lagi titisan air mata KITA kerana AF, Malaysian Idol mahupun World Cup. Tiadalah lagi sorak sorai KITA kerana AF, Malaysian Idol mahupun World Cup. Akan tetapi segala syu’ur yang muncul adalah kerana Allah dan RisalahNya semata! Bukankah ‘Aamul Huzun Nabi SAW kerana hambatan-hambatan yang berlaku dalam perjuanganNya?
Ikhwah dan Akhawat,
Bila aqidah yang benar mendasari kefahaman KITA, maka kefahaman akan menjadi somimah, keikhlasan akan menjadi solely untuk Allah, syu’ur akan muncul hanya kerana Allah dan amal akan berbuah dengan buah yang best sesuai dengan izin Allah.
Aqidah yang benar ini akan meninggikan himmah KITA dan mengqawiyykan iradah/kehendak KITA. Sehingga tiada lagi sempadan geografi, kekurangan masa, ataupun kelelahan jasad yang akan menghentikan derap langkah KITA.
Syu’ur KITA ini akan mengajak KITA untuk berenang ke Fiji Island mencari mad’u, menaiki bus dan ferri 8-9 jam untuk berhalaqah 2 jam, mengajak KITA berinfaq seluruh harta KITA di kala account menghampiri AUD 0.00 dan menyeru KITA untuk menyerahkan jantung2 KITA bila Allah mengizinkan.
Ikhwah dan Akhawat..Masih ingat apa itu Uzlah Syu’uriyyah? Inilah cara KITA mengurus perasaan KITA. Bukanlah dengan perasaan yang lain dan unique yang membuak2 dalam jiwa2 KITA ini, mengharuskan KITA untuk menyendiri di dalam gua dan bilik selesa. Ini hanyalah syok sendiri. Tetapi syu’ur yang benar ini ialah pabila KITA telah berada bersama dengan masyarakat, dan masih mampu memelihara syu’ur yang sama, bahkan lebih memantapkan lagi. Mafhum kata Nabi SAW, muslim yang baik adalah yang bergaul dan bersabar dalam bergaul (kerana masyarakat yang tidak mengerti). Yakhtalitoon wa laakin yatamayyazoon!
Ikhwah dan Akhwat yang dirahmati Allah,
Tiadalah semua ini KITA imani dan amalkan melainkan kerana syu’ur kita yang agung untuk mendapatkan cinta Allah dan JannahNya.
Teruskanlah bersyu’ur begini sehingga ia menjadi tumuhaat KITA!
‘Di hari tiada manfaatnya harta dan anak-anak, kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan membawa Qolbun Saleem ‘
Wallahul Musta’an..
dipetik dari Eraku Era Baru (Dr. Harith bin Roslizar)

No comments:

Post a Comment

Patner kami
BestTheme.Net
BestTheme.Net
BestTheme.Net
http://www.saff-1.com/